Bagaimana Mendapatkan Seorang Suami?

Text
0
Kritiken
Leseprobe
Als gelesen kennzeichnen
Wie Sie das Buch nach dem Kauf lesen
Bagaimana Mendapatkan Seorang Suami?
Schriftart:Kleiner AaGrößer Aa

Cara Mendapatkan Seorang Suami

EMMANUEL SMITH

Diterjemahkan oleh: Amirah Izzati binti Ruslan

Hak Cipta © 2021 Emmanuel Smith

Hak cipta terpelihara.

MENGENAI PENGARANG

Emmanuel Smith adalah pengarang dan jurucakap awam yang terkenal.

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 6

Apakah ciri-ciri dia? 7

Apakah ciri-ciri anda? 10

Anda perlu pergi mencari. 11

Jangan kelihatan begitu agresif. 15

Tetapkan diri. 16

Tunjukkan minat anda. 17

Buat dia ketawa. 18

Kurangkan bercakap, lebihkan mendengar. 19

Berkawan dengan rakannya. 19

Melibatkan diri dengan minatnya. 20

Teruskan dengan hidup anda. 21

Tenangkan dia. 22

Jangan mengambil kesempatan terhadapnya. 23

Adakah dia kawan atau suami? 23

Adakah dia lelaki itu atau tempat luahan perasaan? 24

Jangan sabotaj diri anda. 25

Adakah dia mahu menjadi suami anda? 26

Mengukur minatnya untuk berkahwin. 27

Tunjukkan minat dalam urusannya. 28

Tunjukkan minat terhadap kewangan peribadi anda. 29

Jadilah wanita yang murah perbelanjaannya. 29

Jangan terlalu cepat mengambil langkah. 30

Menyelaraskan jangkaan anda. 31

Benarkan hubungan anda berkembang. 32

Anda sebenarnya perlu berhenti mencari. 33

Pengenalan

Hai! Tahniahatas keputusan anda untuk mendapatkan pasangan hidup buat diri anda. Oleh sebab anda telah membaca ini, saya menganggap bahawa anda merasakan ini sebagai suatu perkara yang benar.

Mengapa anda memerlukan seorang suami itu tidak penting bagi saya, dan bukan juga urusan orang lain. Ia mungkin untuk melengkapkan gaya hidup anda, bagi sesetengah orang mungkin disebabkan oleh keperluanbantuan di sekitar dan di luar rumah, bagi sesetengah orang lain pula, mungkin keperluan untuk memulakan keluarga, dan sebagainya. Buku ini bukan untuk menganalisis motif anda. Saya hanya akan memberi anda nasihat untuk menjadikan keinginan anda menjadi realiti..

Saya juga yakin anda tidak mempunyai masa untuk membaca banyak perkara yang menjengkelkan. Oleh itu, mari kita selesaikan ini, dalam masa kurang dari 6o minit.


Apakah Ciri-Ciri dia?

Panduan yang terbaik, apabila anda mencari sesuatu adalah anda perlu mempunyai idea yang jelas, bagaimana rupa atau ciri-cirinya. Baiklah, itu mungkin lucu bagi anda, tetapi jika anda tidak tahu bagaimana rupanya, bagaimana anda akan tahu bahawa anda akan menjumpainya ketika anda telahpun menemuinya. Aduh, jangan biarkan saya mengelirukan anda; mari kita lakukan latihan mental bersama-sama.

Mitos TENTANG LELAKI:

"Semua lelaki adalah sama."

Ayat ini sama buruknya dengan mengatakan semua wanita adalah sama. Sekiranya anda tidak mempercayai salah satu daripada kedua-dua cadangan itu, mengapa anda harus mempercayai yang lain? Dan jika anda percaya pada kedua-duanya, maka anda mungkin tidak mempunyai harapan untuk hubungan yang baik. Lelaki mungkin mempunyai banyak sifat dan watak individu seperti semua lelaki di bumi.

Buat gambaran mental bagaimana rupa lelaki impian anda. Mengapa ini penting? Melainkan anda sedang terdesak dan akan memilih mana-mana lelaki yang ada di tepi jalan, anda boleh melakukannya. Jika tidak, buku ini bukan untuk anda. Mari lakukan ini dengan lebih mudah.

Duduklah, ambil sebatang pen dan sehelai kertas dan ceritakan pada diri anda bagaimana lelaki bertuah yang bakal menjadi suami anda. Bersgembiralah menerangkan sifat pentingnya. Berikut adalah beberapa perkara penting untuk anda mulakan:

 Umur - Berapakah umurnya?

 Tinggi dan ukur lilit - Berapa tinggi dia dan berapa ukur lilit badannya?

 Gaya Hidup - Adakah dia jenis extrovert atau introvert adakah dia mementingkan diet atau makan apa saja, dll?

 Di mana dia tinggal - Adakah dia tinggal di bandar anda atau jauh dari bandar impian anda di seberang dunia?

 Di mana dia dilahirkan - Adakah dia berasal dari negara anda atau orang asing?

 Etnik - Sekiranya anda menganggap ini penting, jangan abaikan soalan ini.

 Kepercayaan agama - Adakah dia aktif beragama, ateis, atau tidak kisah?

 Tahap pendidikan tertinggi - Sekali lagi jika anda menganggap ini penting, jangan abaikan. Hidup dengan seseorang yang lebih atau kurang kepintaran daripada anda boleh menjadi sukar.

 Apa yang dia lakukan untuk mencari nafkah - Adakah dia seorang tukang, kerja pejabat, atau ahli perniagaan?

 Pendapatan –Apakah pendapatan minimum yang mesti dia perolehi? Romantik memerlukan kewangan, walaupun hanya sedikit wang untuk makan malam bersama, sekali sekala. Perkahwinan adalah perniagaan yang lebih serius terutama ketika anda mula mempunyai anak.

 Adakah dia ingin memulakan keluarga? - Faham ya! Anda tidak mempunyai masa untuk dibazirkan.

 Adakah dia merokok dan berapa kerap? - Sekiranya anda tidak boleh bertolak ansur dengan perokok, jangan mulakan.

 Adakah dia peminum dan berapa kerap? - Adakah dia kaki botol, peminum arak secara sederhana, atau hanya minum hujung minggu?

Sie haben die kostenlose Leseprobe beendet. Möchten Sie mehr lesen?