Buch lesen: «Malabù Dan Bebiri Yang Mempesonakan»

Schriftart:

Senarai Kandungan

  Copertina

  titolo

  Hak Cipta © 2019

  contenuto

Maria Grazia Gullo - Massimo Longo

Malabù dan Bebiri yang Mempesonakan

Diterjemahkan oleh Amirah Izzati binti Ruslan

Hak Cipta © 2019 M.G.Gullo - M.Longo

Gambar muka depan dan grafik dibuat dan diedit oleh Massimo Longo

Hak cipta terpelihara.

ISBN Code:

ISBN-13:

Malabù dan Bebiri yang Mempesonakan

Pada suatu hari, di atas jalan yang menghubungkan laut ke kampung Mutino, ada seorang lelaki pelik yang berpakaian jubah panjang polka berwarna oren dan hijau. Dia berjalan menggunakan tongkat kayu berakar pintal dihujung yang lebih tinggi darinya. Di tengah pusaran akar, terdapat lapisan permata lazuli besar dengan mutiara perak di sekelilingnya.

Lelaki itu membawa seekor bebiri yang diikat. Ia menendang dan menggigit seolah-olah tidak mahu mengikut jejak pemiliknya. Ia adalah haiwan yang

cantik, muda dan kuat, dengan bebulu putih seperti salji. Ia memikul timbunan kolar kulit hitam, seperti yang dipakaikan kepada singa di sarkas.

Lelaki itu menuju ke pasar tempatan. Setibanya di sana, orang ramai datang dekat kepadanya untuk melihat dengan lebih jelas juga terpegun melihat kecantikan haiwan yang bersamanya.

Ketika lelaki tua itu tiba, dia berhenti di salah satu gerai pasar, dan mula memuji barangannya:

- Sesiapa yang ingin membeli barangan cantik ini, datanglah lebih dekat!

Jumlah orang yang ingin tahu semakin bertambah.

- Tuan dan Puan, dengarlah, dengarlah.

Seorang lelaki, yang datang terlalu dekat, digigit haiwan itu. Mujur,

hanya bunyi ketapan gigi binatang yang dapat didengari.

- Hati-hati, iamenggigit - tarik pemiliknya - Ia ada set gigi yang cantik, dalam keadaan yang bagus. Ayuh, tuan-tuan dan puan, harganya hanya dua ratus dinar.

Semakin banyak orang berkumpul di sekelilingnya: mereka semua berminat dengan penjualan itu.

Berdasarkan spesiesnya, harganya sangat berpatutan.

Seorang lelaki bernama Bad-moke cuba menarik perhatian orang ramai: dia adalah orang terkaya dan paling sombong di kampung itu.

Bad-moke itu bukan nama sebenarnya. Dia dipanggil seperti itu sejak awal kanak-kanak lagi kerana dia dianggap berhasad

dengki dan jahat. Dia seorang lelaki yang tinggi, bertubuh besar dengan kepala yang kecil, tangan raksasa dan perut besar yang selalu kelihatan hampir meletup. Ayahnya adalah seorang saudagar kaya yang telah selalu mengembara, yang kekayaannya menjadi sangat misteri kerana tidak ada seorang pun di kampung ini yang tahu bagaimana dia mengumpulkan kekayaan tersebut.

Bad-moke mula menakutkan pesaingnya. Sebilangan besar dari mereka melarikan diri hanya dengan pandangan lelaki itu, yang menakutkan mereka. Hanya yang cukup berani akan tinggal.

Altersbeschränkung:
0+
Veröffentlichungsdatum auf Litres:
07 März 2021
Umfang:
25 S. 21 Illustrationen
ISBN:
9788835419853
Übersetzer:
Rechteinhaber:
Tektime S.r.l.s.
Download-Format:

Mit diesem Buch lesen Leute