Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah)

Text
0
Kritiken
Leseprobe
Als gelesen kennzeichnen
Wie Sie das Buch nach dem Kauf lesen
Schriftart:Kleiner AaGrößer Aa

Bab 3

Kriss masuk pangsapuri yang dikongsi dengan Tabatha dan mengunci pintu di belakangnya. Dia mencari Dean di mana-mana dan tidak jumpa dia atau jembalang yang dikejarnya.

Satu perkara tentang kaum mereka, jika mereka mahu menyorok, mereka tahu menghilangkan diri tanpa meninggalkan kesan di mana mereka berada. Dia boleh mengesan jembalang itu di mana sahaja walaupun dia tidak pernah nampak ia. Cuma setelah ianya dibebaskan yang dia tahu dia boleh merasai kehadiran ia. Dia masih boleh merasai kejahatan dari personaliti gelap itu walaupun berada di dalam rumah sendiri... ia membuatnya rasa gementar.

Berjalan di dalam pangsapuri gelap itu, Kriss melangkah ke bilik tidur Tabatha dan tersenyum melihat tubuh yang tenang tidur di katil. Dia memeluk tubuh seperti anak kucing memeluk bantal patung haiwan kegemarannya... seekor anjing Yorkie dengan lidahnya terjelir. Bantal haiwan itu sahaja adalah peninggalan semasa dia kecil yang dimilikinya. Beberapa tahun lalu, dia akhirnya berterus terang dan beritahunya cerita tentang Scrappy dan bagaimana anjing itu hilang bila dia pergi bercuti kali terakhir dengan ibubapanya.

Kriss mengeluh dan baring di katil sebelah Tabatha, memeluknya seperti satu selimut yang selamat. Seawal ianya berlaku, Tabatha menyandar dirinya ke belakang kepadanya.

"Kamu jumpa Dean?" tanyanya perlahan.

*****

Kane berjaya memboloskan dirinya; gembira Warren mengambil perhatian Michael cukup lama untuk dia lepas. Apa yang Michael dan Dean telah memperbetulkan apa yang Misery buat padanya telah memberinya semangat yang sangat jitu. Dia tidak berkeruan sekarang dan dia tidak boleh tenang duduk di pejabat Warren sambil terbayang jembalang penyedut-roh yang akan memberinya mimpi ngeri buat beberapa lama.

Dia melihat ke kegelapan awan dan tahu fajar hampir tiba. Mahu melarikan diri dari tengah-tengah bandar, dia bergerak melalui lorong-lorong dengan laju supaya sesiapa yang memerhati, mereka tidak boleh nampak dia dikelilingi mereka. Masalahnya ialah dia sekarang berada berbatu jauhnya dari rumah Michael.

Dia mahu melihat Scrappy dan memeluknya di atas sofa dengan sebotol wain, semangkuk besar popkon, dan... wayang cerita bencana? Kane menggeleng kepalanya... apa yang dia fikirkan? Scrappy sebenarnya yang akan memilih wayang mana, yang mungkin baik atau tidak buat masa ini. Mereka berdua suka wayang di mana haiwan boleh bercakap.

Kane memperlahankan dirinya dan memeriksa sekeliling bila dia terasa ada sesuatu yang menariknya ke situ. Mula-mula dia anggap ianya Misery yang menariknya. Dia menggeleng kepalanya lagi dan membuang perasaan itu bila bayangan Tabatha di gereja bermain di mindanya. Dia boleh rasakan kehadirannya dan, untuk pertama kalinya sepanjang malam, Kane lupa tentang raksaksa yang lucah di bawah katil dan yang bermain di dalam almari.

Tabatha ialah pasangan rohnya dan, sekarang bila dia sudah mengambil darahnya, ia menguatkan lagi talian itu. Sebab sebenar yang membuatkannya tidak mengambil perhatian sepanjang minggu lepas ialah sebab maklaikat yang jatuh... Kriss... yang membawanya jauh daripadanya, anak haram kedekut. Dia mula fikir dia menderita kebimbangan berpisah.

Bergerak menerusi bahagian bandar ini, dia sampai di rumahnya dalam beberapa minit. Mendarat senyap-senyap di atas bumbung rumah jirannya, dia berhenti sejenak untuk melihatnya menerusi tingkap bilik tidurnya. Pandangan tajam matanya melihat jelas rambutnya yang terurai di atas bantal dan bagaimana bibirnya merekah semasa dia bernafas. Dia tidak mengenal keamanan seperti yang dirasai sekarang... cuma melihatnya tidur.

Kane mengandaikan bagaimana rupanya melalui mata Tabatha. Adakah dia serupa raksaksa-raksaksa lain yang pernah dijumpai atau dimimpikannya? Adakah dia rasa betapa dalam perginya emosi terhadapnya?.

Dia hampir bangun dari merangkak di atas bumbung itu, bersedia pergi kepadanya bila dia terdengar Tabatha menangis dalam mindanya. Bunyi itu datang dari mimpinya tapi bunyi dalam mindanya membuatkannya terhenti kerana ia mengingatkannya kepada cara dia menangis semasa kecil bertahun yang lampau. Selama ini, semua yang dilakukannya membuat Tabatha kesakitan... membuatnya berdarah untuknya.

Kane menoleh untuk pergi bila dia nampak pintu bilik tidur Tabatha dibuka. Otot-ototnya mengerang bersedia menyerang penceroboh kemudian dia nampak maklaikat yang jatuh, Kriss, masuk ke bilik tidur Tabatha dan baring di sisinya di atas katil. Kane boleh tahu bahawa maklaikat yang jatuh itu bersedih tapi kemarahannya meningkat bila Kriss memeluk Tabatha, memegangnya erat seperti sepasang kekasih.

Dia merasakan ketenangannya pecah dan kemarahannya memuncak semasa memerhatikan mereka. Menumpukan perhatiannya, deria pendengarannya yang dipertingkat mula mendengar bisikan perbualan mereka. Dia mengerut sebentar bila mendapati kuasanya semakin bertambah dari dahulu. Dia terkejut dan kerutannya mendalam bila mendengar degupan jantung mereka walaupun berada agak jauh.

"Dean tidak mahu saya mengesannya", keluh Kriss berfikir jika ianya jembalang Dean yang mengganggu atau ianya maklaikat yang jatuh yang ada di dalam gua itu yang bersamanya. Dia ingin Dean tunggu. Ada sesuatu berkenaan aura maklaikat yang jatuh itu yang Kriss tidak berapa percaya. Dia secara diam berharap Dean tidak berjaya mencari kedua-duanya.

"Saya mahu tahu apa yang terjadi", Tabby berbisik, "Dari apa yang Envy dan Devon beritahu, Dean terperangkap di bawah sana sepanjang hari". Dia tidak boleh menahan bayangan Kane yang juga di bawah sana dengan jembalang itu dan hampir tidak berjaya menyelamatkan diri.

"Saya pasti akan tanya dia sekiranya saya jumpa dia", jawab Kriss tidak berupaya menyorok kegelisahan dari suaranya.

"Dean sayang kamu... dia tidak akan berada jauh lama-lama". Tabatha menutup matanya berharap untuk Kriss yang dia betul.

"Tidurlah", Kriss berbisik juga berharap Tabatha betul tentang Dean pulang tidak lama lagi. Dia tidak nampak rupa maklaikat lagi satu yang jatuh itu sebab dia bergerak terlalu pantas, tapi dia dapat merasakan kehadirannya sebelum aura jembalang itu menguasainya. Jika perasaan sejenak itu menakutkannya, dia boleh bayangkan apa yang Dean sedang lalui.

Maklaikat yang jatuh adalah sangat jarang membuatkan mereka hilang nafas bila berada dekat sesama mereka. Kebanyakkan fikir mereka adalah maklaikat yang jatuh persis lagenda yang dilempar ke bumi untuk mempertahankannya... tapi lagenda selalunya cuma separuh benar yang dibicara oleh orang yang mahukan seorang wira atau kadang-kadang musuh.

Maklaikat yang jatuh ke bumi adalah dari dimensi berbeza... sama seperti jembalang. Lagenda memanggil dimensi itu Syurga tapi mereka salah.

Mitos itu menceritakan mereka pembunuh jembalang... itu juga separuh benar. Kitab Bible mengatakan maklaikat yang jatuh telah berkahwin dengan wanita-wanita cantik di bumi dan dipersalahkan kerananya... itu adalah kebenaran terdekat yang nabi-nabi huraikan.

Sebab maklaikat yang jatuh tidak berkahwin dengan wanita-wanita di bumi... ialah akan lahirnya jembalang-jembalang. Ianya maklaikat yang jatuh itu yang menghasilkan jembalang-jembalang.

Bila maklaikat yang pertama jatuh, ada banyak jembalang yang dilahirkan dan mula menjahanamkan apa yang disayangi maklaikat yang jatuh itu, mereka bertindak menentang anak-anak mereka sendiri. Ramai yang terkorban dari kedua-dua pihak dan bukaan antara dimensi mula tertutup.

Beberapa maklaikat yang mula-mula jatuh sudah menghilangkan diri, dikhuatiri telah dibunuh oleh jembalang yang dibuatnya. Ada yang tinggal yang pulang kembali supaya tidak tergoda dengan wanita di bumi. Mereka itulah yang menghantar pejuang-pejuang muda kembali ke bumi untuk menjaganya... mengawal manusia dari raksaksa-raksaksa itu.

Cuma ada satu peraturan... mereka tidak boleh berkahwin dengan wanita di bumi kecuali jika membunuhnya. Seorang kanak-kanak dari baka suci telah diletakkan di setiap tumpuan kuasa di bumi dan cuma beberapa sahaja yang bertahan sehingga kini. Lagenda mengatakan mereka kebal... lagenda itu salah.

Maklaikat yang jatuh bukan kebal, mereka cuma hidup sangat lama... ribuan tahun jangka hayat mereka. Mereka juga boleh dibunuh oleh manusia dan jembalang... walaupun sangat sukar untuk manusia melakukannya.

Syn mengetahui lagenda yang sebenar dan mengajarnya pada 'anak-anak'nya. Mengingati pengajaran itu, Kane sekarang faham betapa cintanya Kriss pada Tabatha... cukup untuk tidak berkahwin dengannya... dan cukup untuk tidak membenarkan sesiapa seakan jembalang mendapatkannya. Nampaknya bukan dia sahaja yang ada rahsia gelap. Bucu bibir Kane membentuk senyuman bila dia menoleh dan berjalan pergi.

*****

Envy dan Devon menunggu di bar bila orang-orang terawal mula masuk untuk pertemuan itu. Dia dan Kat sibuk bercakap dan cuba mengambil tahu perkembangan terkini sementara Devon dan Quinn cuma berdiri dan merenung mereka sambil melentik kening.

"Bahasa apa yang mereka bercakap?" Devon bertanya.

"Tiada nama untuknya", nyata Quinn. "Ianya upacara yang selalu dikunjungi perempuan. Ia bermula biasa sahaja, sebelum kita sedar, mereka keluar membeli belah dan kita terperangkap di luar bilik persalinan memegang beg tangan mereka".

"Kamu juga terperangkap memegang beg tangan bila dia masuk kedai penjagaan wanita dan beli baju dalam yang kamu tidak dibenarkan melihat sehingga hari ulangtahun perkahwinanmu", kata Nick dengan tersengeh.

Warren memegang bahu Nick. "Percayalah saya adikku, kamu akan suka memegang beg itu bila masa itu tiba".

Sepasang tangan memeluk leher Warren dari belakang dan muka Michael muncul dicelahnya. "Adakah itu bermaksud kamu akan membawaku membeli belah?".

 

"Mestilah", kata Warren tersengeh. "Saya bawa kamu ke kedai penghambaan yang kamu suka sangat itu".

Air muka Michael melamun. "Oh ya, penyebat, rantai, pengikat, tali belantan... kulit".

"Apa yang..." Nick tiba-tiba berdiri dan bergerak jauh dari mereka membuatkan Devon mendengus.

"Fobia homo", Devon menggumam.

"Diamlah!" Nick menyingai, "Mereka penipu yang bagus atau ianya betul".

Pintu terbuka dan Steven melangkah masuk dengan Alicia dan Jewel. Alicia telah melihat almarinya dan jumpa satu baju panas ungu untuk Jewel pakai sehingga dia boleh dapatkan bajunya sendiri. Untung yang kedua mereka lebihkurang sama saiz dan tinggi jadi Jewel bersetuju buat masa sekarang. Alicia juga beritahu Steven sehingga dia dapatkan lagi pakaian untuk Jewel, Jewel dibenar menggunakan apa-apa dalam almarinya yang dia suka.

Steven cepat-cepat melangkah ke Quinn dan Devon yang duduk bersama Nick di meja bersetentangan dengan hujung bar dari Kat.

"Kita tidak lambat saya rasa" kata Steven tersenyum sendiri bila melihat Jewel senyum pada Alicia. Dia sedar dia tidak nampak Jewel senyum sehingga sekarang dan dia tiba-tiba rasa bersalah bila ianya terukir di bibirnya.

Warren melihat sekeliling, "Sebenarnya saya fikir semua ada di sini".

"Tidak lagi", kata Envy. "Kita sedang menunggu Chad".

Tepat waktu itu pintu terbuka dan Chad melangkah masuk dengan Trevor dan Zachary di belakangnya.

"Apa si celaka itu buat di sini?" Devon membentak dan berdiri.

"Chad seorang polis", Envy mengingatkannya. "Dia sudah tahu beberapa perkara yang berlaku dan dia nampak pengakhiran apa yang berlaku di perkuburan itu. Dia terbabit walaupun dia hendak atau tidak. Lagipun", dia sambung, "dia boleh mengawal polis dari mengacau untuk sementara waktu".

"Saya tidak merujuk pada abangmu", Devon bersuara dengan tegas.

Kat mengangguk, melihat Envy rasa bersalah tentang Trevor. Tidak mahu pertengkaran besar berlaku, dia keluar dari bar untuk meletakkan dirinya di antara mereka.

"Trevor boleh ada di sini juga", katanya tegas dan memeluk tubuh. "Lagipun... dia berganding bahu baik dengan yang lain". Kat berkata sambil mengenyit pada lelaki rambut perang yang memberinya tabik hormat.

Quinn berdiri dari kerusinya dan berjalan ke Kat, memeluk pinggangnya dan menariknya dekat. "Saya perlu mengawasi kamu... kan?" dia membisik manja, tapi riak matanya bermaksud berbeza.

"Boleh kita mulakannya?" Kane bertanya dari celah bayang-bayang.

Semua orang kecuali Michael terkejut dengan suara itu. Dia selalunya pendiam tiada siapa tahu dia di situ.

"Setuju", jelas Warren. "Saya fikir semua orang tahu mengapa kita ke sini". Dia memandang Chad yang mengangguk menunjukkan dia faham sebelum melihat ke Trevor dan Zachary. "Sebelum kita merujuk kembali pada apa yang berlaku di perkuburan, saya ada soalan untuk Trevor".

Trevor mengecilkan matanya, ""soalan apa?".

"Apa sebenarnya kamu?" tanya Devon mencelah Warren.

"Saya penukar bentuk, seperti ramai di sini", jawab Trevor.

Kane berdengus di celah bayang-bayang membuatkan semua melihat padanya.

"Kamu kenal sesuatu tentangnya?" bentak Envy. Dia pun tidak percaya Trevor dalam apa jua... dia memang diketahui pembohong tegar.

"Saya mungkin, tapi kamu mesti berkelakuan baik pada saya jika kamu mahu tahu", kata Kane berseloroh. Dia menyalahkan kemurungannya pada bangun di bahagian salah katil, tapi... memang dia tidak cukup tidur.

Devon bergerak pantas dan mengangkat Kane pada hadapan jaketnya. "Saya rasa kita tidak boleh lagi berkelakuan baik", harimau kumbang itu mengaum.

Kane tersengeh pada penukar bentuk itu, "Aw, itu salahmu. Saya sudah beritahu anak anjing saya betapa penyayangnya kamu dan dia sangat gembira untuk berjumpa kawan sepermainannya". Mereka berdua tahu siapa akan kalah jika mereka bergaduh... dan ianya bukan kucing itu.

"Anak anjingmu?" Jewel bertanya, matanya bersinar mengenangkan sesuatu comel dan sedap dipeluk. Bibirnya terukir memikirkan anjing dalam banyak-banyak kucing di bilik itu.

"Ianya arnab berabuk terlebih besar", mengomel Michael.

Warren picit pertengahan hidungnya dan Quinn bertahan untuk tidak ketawa pada adik ipar harimau kumbangnya.

“Devon, letak bawah Kane dan letakkan punggungmu dalam kerusi", teriak Warren. "Kita selesai berbincang pasal Trevor nanti".

Nick, Devon, dan Kat semua melihat ke Warren dengan mata terbeliak. Jika orang biasa tidak kenal Warren, mereka akan terlepas pandang. Warren beria tentang adanya pengubah bentuk di kawasan itu dan dia mahu tahu lebih lanjut tentang baka baru itu.

Devon letak Kane ke bawah atas kakinya dan berjalan memijak-mijak kembali ke kerusinya di sebelah Warren. Pintu terbuka dan Kriss masuk bersama Tabatha berpegang di lengannya. Devon tersenyum simpul sambil merenung pada langsuir berambut perang itu. Dia mungkin tidak boleh meletakkan Kane di tempatnya, tapi lelaki yang baru sahaja berjalan masuk itu boleh dan tahu yang Kriss tidak mencintai langsuir yang sudah bertaubat itu.

"Adakah kami terlambat?" tanya Tabatha gembira dia menang pertelingkahan dengan Kriss untuk datang ke pertemuan itu. Kadang-kadang Kriss sedikit terlampau mengawal... mungkin lebih kuat.

"Tidak, kamu sampai tepat waktu", kata Envy. "Kita masih belum mula lagi".

Tabatha sertai wanita-wanita di bar dan ambil tempat duduk sementara Kriss berhenti dekat Chad.

Jantung Kane melompat ke kerongkongnya bila Tabatha melangkah masuk dan dia perlu menahan diri dari merampasnya dalam pelukan dan pergi dari situ. Dia melangkah ke belakang lebih jauh ke dalam bayang-bayang hingga cuma bayangannya sahaja nampak samar-samar. Matanya memandang ke arah maklaikat yang jatuh itu dan merasa cemas di sanubarinya bila direnung oleh maklaikat yang jatuh itu.

"Kami perlu tahu lebih lanjut tentang jembalang yang terperangkap di perkuburan itu", sambung Warren. "Kita perlu tahu rupanya dan sejak kehilangan Dean, hanya Kane di sini yang pernah nampak ia".

Kane telah mengambil satu rokok dan membuka pemetik api. Cahaya menerangkan mukanya seketika jadi mereka dapat melihat ketakutan di matanya.

Tabatha terlupa bernafas semasa melihat pancaran api kecil itu dan nampak Kane. Bibirnya yang mulus bengkok sedikit semasa dia membakar rokoknya dan matanya dibayangi kening yang gelap. Di balik bayang-bayang atau tidak, dia boleh rasa renungannya menyentuhnya sama seperti jika tangannya meraba kulitnya. Terasa sesuatu mengesel lengannya mengalihkan pandangannya, dia melihat sekeliling mendapati Kriss sekarang berdiri di sebelahnya.

"Namanya Misery", kata Kane selepas beberapa waktu. "Masalahnya... saya tidak pasti bagaimana rupanya".

"Bagaimana kamu tidak tahu rupanya?" bentak Kriss dengan muka yang keras. "Kamu ada di bawah sana dengan Dean entah berapa lama".

"Bolehkah biarkan saya habis, Bulu Burung?" Kane tanya menyindir.

Kriss mengecam matanya tidak suka dihina.

"Bagus", balas Kane. "Sebab saya betul-betul tidak nampak rupanya ialah dia kerap bertukar penampilan. Sekejap dia seorang gadis kecil yang cantik dengan keperibadian menakutkan, kemudian jadi mayat yang reput, sebagai asap hitam, dan terakhir seorang wanita yang jelita. Itu adalah penampilan kegemarannya. Dia sangat berkuasa jika boleh memegang dua maklaikat yang jatuh dalam gua itu serentak".

Kriss mengambil nafas yang dalam dan menggangguk, "Ada jembalang yang diketahui mempunyai kuasa seperti itu".

"Kita ada pakar jembalang yang sedang ke sini sekarang" kata Zachary akhirnya. "Kapalterbangnya mendarat dalam beberapa jam lagi. Bila dia sampai, ianya bagus kalau semua merujuknya tentang Misery".

Kane mengangkat kening, "Wanita?".

"Ya", kata Trevor. "Namanya Angelica. Dia ada maklumat tentang semua lagenda, mitos, dan cerita karut di dunia. Jika ada cerita berkenaan Misery, dia sepatutnya ada dalam pemicu memorinya".

Alicia mengeluh kehampaan, "Baiklah, dia boleh dapatkan jembalang itu. Saya mahu tahu apa kita perlu buat untuk mencari Micah".

“Micah boleh jaga diri sendiri", Quinn beritahunya.

Yang benar ialah semasa pertengkaran terakhirnya dengan Micah, dia perintah Micah untuk tidak menyerang tapi adiknya itu tidak ikut arahannya dan itu menghasilkan hanya satu... mereka sekarang ada dua ketua lelaki dalam kumpulan harimau bintang dan itu tidak pernah terjadi. Di masa lalu, ianya akan menyebabkan pertengkaran hingga terbunuh.

Quinn sayang Micah dan bangga dia begitu bersemangat. Yang terakhir dia mahukan ialah pertengkaran mereka menjadi tidak terkawal.

"Tapi dia tidak tahu apa-apa yang berlaku", teriak Alicia cuba memberi pelbagai sebab untuk mereka mencarinya. "Bagaimana kalau dia terjumpa Misery dan tercedera... atau terbunuh? Hilang atau tidak, dia sebahagian dari kumpulan ini".

"Kamu tidak boleh berbahas dengan logiknya budak tua", Kane balas seperti tahu fikiran Quinn.

Alicia memandangnya di sebalik bayang-bayang dan membera sebelum mengalih pandangannya. Ianya terasa bagus bila seseorang bercakap menyokongnya kali ini. Apa yang Alicia tidak tahu ialah seluruh keluarganya berfikir tentang Micah dan kali terakhir mereka melihatnya; sejurus selepas dia bergaduh dengan Anthony.

Kane membalas senyumannya walaupun Alicia tidak dapat melihatnya. Yang jelas, dia sahaja dalam kumpulan ini yang ada keberanian.

"Kali terakhir kita nampak Micah, dia bergaduh besar terjerit-jerit dengan Anthony Valachi dan melemparnya keluar dari kelab itu", kata Steven perlahan. "Itulah masanya kita kehilangannya“.

"Serigala jadian itu?", tanya Trevor mencondongkan kepala.

"Ya, dan lebih dari itu, Steven berkahwin dengan tunang Anthony". Quinn beritahunya dan semua yang lain yang belum mengetahuinya.

Jewel mengeluh sedar bahawa Steven memberitahunya yang benar tentang pertalian itu mungkin menghubungkan abangnya yang hilang dengan Anthony. Dia mengetap bibirnya, dalam diam berfikir jika itu sebab utama Steven membantunya. Tidak, itu salah. Bila Steven mengambilnya dari gereja itu, dia tidak tahu pun Anthony ialah tunangnya.

Dia dengar tuduhan senyap dalam suara Quinn dan melentikkan bahunya. Sifat memberi pertahanan muncul dari dalam dirinya dan dia perlu bercakap mengenainya.

"Steven tidak tahu siapa tunang saya dan saya tidak tahu Anthony seekor serigala jadian", tegas Jewel dengan suara lantang. "Ianya selepas kami berkahwin yang saya beritahunya tentang Anthony. Jadi, jika kamu mahu menyalahkan sesiapa berkenaan itu, salahkan saya".

Quinn menunjukkan dia sedikit marah dan Kat memberinya isyarat bagus dengan ibu jarinya.

Jewel menyandar pada bar dan mula menggumpal bibir bawahnya semula. Mempertahankan abang Steven, ketua kumpulan harimau bintang, telah membuatnya sedikit ketakutan.

Dia melihat pada Steven dan bertenang bila dia nampak kebanggaan memancar dari matanya untuknya. Sesuatu di dalamnya menjadi lembut dan dia berusaha keras bina dinding pertahanan mengelilinginya semula. Jantungnya berdenyut laju dan dia fikir dia mungkin jatuh cinta padanya.

“Anthony Valachi sedang dalam siasatan untuk beberapa lama", Chad berkata. "Polis ada sebab syak dia melakukan bukan sahaja menyeludup manusia, tapi perhambaan juga. Desas desus mengatakan orang-orangnya selalu mengambil pelacur-pelacur, menculik mereka dan menjualnya sebagai hamba seks juga".

"Kenapa polis tidak buat apa-apa mengenainya?" tanya Kat.

"Kami diberitahu jangan masuk campur sebab FBI sudah mengambil alih penyiasatan", jawab Chad. "Lagipun, bila FBI datang, kita tidak ada kebenaran dan tidak dibenarkan berbuat apa-apa tapi memberi jalan kepada mereka jika tidak mahu dipenjarakan sebelah orang-orang jahat".

Steven mengangguk menandakan ianya masa untuk beritahu mereka semuanya. "Ayah Jewel sedang disiasat FBI di sini beberapa lama dahulu. Itu sebab Jewel ditunangkan dengan Anthony mula-mula dahulu". Dia memberikan Jewel senyuman yang manis sebelum berpaling pada kumpulan itu.

"Ayahnya adalah pengurus Palm Springs Resort dan Anthony tidak suka tentang waran gelidah mereka atau Arthur mengizinkan mereka bergerak bebas dalam tempat itu. Bila sedar kesilapannya, Arthur bunuh agen itu dan diberkas kerana membunuh. Untuk menyelamatkan dirinya, dia berikan Jewel pada Anthony sebagai bayaran untuk dibebaskan dari tuduhan membunuh".

"Dialah yang membunuh ayahku. Saya pasti", kata Jewel menggenggam penumbuk di sisinya. "Jadi, bila boleh kita kejar dia?".

 

"Kita tidak perlu kejar dia", Chad beritahunya. "Kita akan merancang, dan mengumumkan yang kamu di bawah perlindungan Wilder. Bila dia cuba dapatkanmu... kita tangkap dia".

"Saya rasa ianya mungkin tidak mengikut undang-undang", jelas Trevor. "Sorokkan Jewel secara rahsia beberapa hari dan biarkan saya dan Zachary pastikan FBI tidak ganggu dan menonggang terbalikkan semuanya".

"Kenapa mereka mahu ganggu?" tanya Kat. "Kamu adalah sebahagian dari organisasi paranormal itu... tidakkah ia di atas FBI?".

"Cuma dalam bahagian tertentu", jawab Trevor. "Ramai dalam FBI tidak tahupun kami ada. Lagipun, Presiden Amerika Syarikat pun tidak tahu pasal kami. Kami memang seperti bayangan, dan dengan itu, kami perlu bukti sesuatu paranormal sedang berlaku".

"Adakah itu bermaksud sebahagian dari kerajaan tahu mengenai kita?" Nick bertanya tidak senang dengan pengetahuan itu.

Trevor menggeleng kepala, "Tidak khusus setiap seorang dari kamu... tapi mereka tahu mengenai perkara yang lebih... pelik. Kamu dilindungi sama seperti manusia biasa... mungkin lebih dari itu dan dengan undang-undang yang lebih lembut dan dipantau oleh sebahagian kerajaan yang kecil tapi berkuasa yang berada di dalam tapi di atas kerajaan sediada". Dia menggosok kepala berharap semua di situ faham versi kabur kebenaran itu.

"Yang saya bimbang FBI akan menggali lebih dalam berkenaannya dan mendapat tahu terlambat mereka berdepan serigala jadian, bukan manusia", Chad gusar dengan pengetahuan itu dan tidak suka apa yang Trevor katakan. Adakah dia yang tahu paranormal mempunyai hak yang lebih dari manusia? Mungkin dia sedikit berat sebelah tapi dia salah seorang dari manusia yang kurang itu.

Trevor menggeleng kepala, "Penjahat itu tidak akan berubah menjadi bulu dan serang FBI. Lagipun, jika dunia mendapat tahu tentang serigala jadian, mereka akan pertama menjadi pupus dan serigala jadian itu tahu apa akan terjadi. Kali terakhir mereka menonjolkan diri, mereka hampir diburu hingga pupus".

"Biar saya buat beberapa panggilan dan lihat jika kita ada kuasa penuh dalam kes Valachi", Zachary tawarkan. "Jika kita ada, kita bebas menarik sesiapa yang kita rasa berkebolehan". Dia memandang sekeliling dan tahu semua di situ terangkum dan memberikan mereka kekebalan tidak kira bagaimana perkara itu akan terungkai.

"Ada sesiapa tahu kenderaan apa yang Micah pandu pada hari dia hilang?" tanya Chad. "Saya boleh jalankan carian dari kereta peronda saya dan pasang APB untuknya".

"Motosikalnya", Alicia bersuara kemudian matanya terbeliak bila mengingati ada memberitahu Warren dia naik motosikal yang sama semasa malam semalam yang ribut. Melihat kepada Warren, dia bernafas lega bila dia cuma mengecit mata padanya.

Nick tambah kata duanya, "Saya setuju jika menjauhi Misery, tapi langsuir itu dibiakkan untuknya dan kita tidak boleh biarkan".

"Semua ditugaskan dalam kawalan makhluk perosak", Warren bersetuju.

"Bukan semua saya harap", Trevor memandang pada Envy.

Zackary senyap-senyap melangkah ke hadapan Trevor untuk menghalang renungan tajam yang Devon berikan kawannya. "Saya rasa ia masanya untuk memanggil beberapa lagi sokongan dan kuatkan lagi kumpulan ini di kawasan ini".

"Maksudmu ada lagi sepertimu berkeliaran?" tanya Steven.

Zachary masukkan tangannya ke dalam poket dan mendongak sedikit kepalanya. Cahaya samar dari lampu-lampu menyinar di rambut perangnya, yang terpacak sambil tersengeh, "Maaf jika mengecewakanmu, tapi cuma ada saya seorang. Saya mahu klon diri ini tapi ketua penakut di sini tidak benarkan", mengakhir kata dengan menonjolkan ibu jarinya ke Trevor.

"Diam sahajalah dan buat panggilan itu", jerit Trevor. "Jika ada lagi seorang sepertimu, Angelica akan bunuhnya hanya untuk berkata dia akhirnya berjaya".

Penampilan Zachary jadi bersinar. "Oh, untuk dipijak-pijak oleh yang bagus Doc Martins yang disembunyikannya dalam almari".

Trevor melangkah marah ke arah teman seperjuangannya dan Zachary lari dengan cepat merentas bar untuk berlindung di belakang Kane.

"Apa sebabnya kamu guna saya sebagai pelindung?" tanya Kane.

"Ya", jawab Zachary. "Beriku seminit dan saya akan fikirkan satu".

Kane tersengeh, "Beriku seminit dan saya boleh pulang untuk mencari Doc Martins saya".

Zachary terpesong ke belakang jauh dari Kane sambil mengangkat tangan. "Whoa di situ, saya lurus".

“Zachary!” Trevor menjerit.

“Okay, okay,” Zachary berkata dan keluarkan telefon bimbitnya. "Geez, di kelilingi orang-orang yang tiada sifat lucu... Angelica akan suka kamu semua".

Sie haben die kostenlose Leseprobe beendet. Möchten Sie mehr lesen?