Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah)

Text
0
Kritiken
Leseprobe
Als gelesen kennzeichnen
Wie Sie das Buch nach dem Kauf lesen
Schriftart:Kleiner AaGrößer Aa

Bab 2

Anthony berlegar-legar tanpa henti sepanjang lantai marmar di bilik bacaannya. Dia menggosok rambut hitamnya dalam kehampaan dan marah. Dia tahu dia hilang barannya bila dia membunuh Arthur dan sekarang dia hilang punca untuk jadikan Jewel teman hidupnya.. bukannya itu akan menghalangnya.

Dia bermaksud untuk situasi itu berada dalam keadaan tenang... tapi bila Arthur membawa kepadanya ayah Anthony, sifat serigala jadiannya hilang kawalan. Sekarang dia perlu memujuk cara berbeza ke atas pengantinnya yang melarikan diri. Masalahnya ialah, dia perlu mencarinya dahulu.

Seseorang mengetuk pintu dan Anthony berhenti berlegar-legar cukup lama untuk meluruskan rambut dan pakaiannya. Dia seorang ketua, dan itu datang dengan suatu tahap kesopanan.

"Masuk", dia memanggil dengan suara garang.

Pintu dibuka dan salah seekor serigalanya masuk, dan tutup pintu di belakangnya.

"Apa yang kamu jumpa?" tanya Anthony.

Ahli kumpulan itu nampak amat gementar dan melegakan kerongkongnya. "Saya tinggal di belakang seperti diarahkan untuk melihat jika paderi itu datang balik ke gereja. Saya tidak lama di situ bila kekacauan bermula di gereja itu dan di perkuburan di belakangnya. Ramai yang datang dari semua arah, kebanyakkannya entah dari mana". Dia kemudian diam dan menelan air liur dengan gementar sebelum menambah, "Itulah bila saya nampak Jewel bersama mereka".

"Kemudian mana dia?" bentak Anthony sambil berjalan cepat merapatkan diri antara mereka. "Kenapa tidak bawanya balik denganmu?".

Serigala itu bergerak ke belakang kerana cemas di matanya dan tahu bahawa memberi berita buruk pada ketua kumpulan bukan suatu tindakan bijak. "Saya tidak boleh", katanya mengigil.

Tangan Anthony tiba-tiba meluru dan mencengkam orang suruhannya di kerongkong, mengangkatnya ke atas. "Kamu serigala jadian. Kenapa tidak tangkap sahaja dia?".

"Dia dikelilingi oleh jadian... terlalu ramai", serigala itu beritahu, mengangkat tangan cuba mengurangkan tekanan pada kerongkongnya.

Tangan Anthony mengetat dan matanya bertukar ke warna keemasan yang menakutkan. Abangnya baru sahaja pulang dari Itali, dia pasti. "Adakah saya atau tidakkah saya ajar bagaimana bergaduh kumpulan lain bersendirian? Abangku tidak boleh mengatasimu". Ianya tipu. Serigala ini akan terbaring dalam longkang jika dia berani lawan Andreas Valachi.

"Bbukkannyaa sserriiggaalla", serigala itu ketar sambil cuba bernafas.

Anthony memberi perhatian pada orang yang dicekiknya dan melepaskan tangannya, memandangkan dia hampir mati. "Siapa dia?" dia bentak dengan kemarahan yang dikawal melalui suaranya.

Serigala itu terjatuh atas lantai cuba menarik nafas. Dia merangkak atas tangan dan lutut sebelum menundukkan dahinya ke lantai marmar yang sejuk. Dia membuka belakang tengkuknya bila merendahkan diri pada ketuanya dan berhasrat lari jauh bila dia ada peluang.

"Kucing... Saya bau kucing", katanya selepas beberapa saat, "Harimau bintang dan harimau kumbang... banyak". Dia mengangkat kepala dan nampak mata Anthony menguncup marah. Cepat-cepat dia tambah, "Ada seekor harimau yang mengekorinya setiap langkah. Tempat itu dipenuhi langsuir-langsuir juga. Sebahagian dari gereja meletup, kemudian satu kereta polis muncul".

Anthony berdiri di situ cuba mententeramkan kemarahan yang membuak. Lagipun, lebih lama dia berdiri di situ, lebih naik kemarahannya. Rancangannya untuk menangkap pasangannya yang melarikan diri sentiasa digagalkan oleh diri sendiri atau kerja pesuruh-pesuruhnya yang bodoh.

Dia memberi isyarat untuk pengawal-pengawal peribadinya datang dekat. "Bawa dia ke bilik bawah tanah di mana dia boleh terbakar dalam kegagalannya".

Serigala itu duduk melutut memohon kemaafan dari riak mukanya. Dia terdengar cerita mengenai bilik bawah tanah dan apa di dalamnya. Ada beberapa serigala yang melalui penyeksaan masih mempunyai kesan pada badan mereka yang boleh dilihat. Dia merengek ketakutan bila tangannya dipegang pengawal-pengawal itu dan di ditarik ke atas kakinya.

Pengawal-pengawal itu tidak melihat mukanya atau berkata apa-apa atau cuba menenangkannya atau menghinanya. Jika mereka diberi kelonggaran, mereka mungkin melepaskannya lari. Pada mereka, Cik Jewel ada sebab kuat untuk lari dari ketua kumpulan ini. Dia tidak bahagia dan, walaupun dilayan dengan baik oleh Anthony, tidak akan mencintainya. Hidup begini, berjaya di atas ketidakadilan yang lain bukanlah cara serigala jadian yang tulen... ianya cara samseng.

Pada suatu masa, mereka telah melindungi manusia dari kejahatan yang cuba mengambil alih dunia. Sekarang, jika diabaikan beberapa kumpulan yang tinggal merentasi Amerika Syarikat dan seberang laut, merekalah yang jahat. Memang patutlah manusia buat wayang menunjukkan mereka sebagai anjing liar gila yang berusaha membunuh dan menjahanamkan.

Anthony mengikuti pengawal-pengawalnya ke bilik bawah tanah dan tersengeh bila serigala muda itu merengek senyap-senyap. Bilik bawah tanah rumah besar itu telah diubahsuai menjadi tempat penyeksaan yang besar, sebesar beberapa ribu kaki persegi. Rantai tergantung dari dinding di seberang dengan dipasang gari untuk memegang seseorang menegak ke dinding batu yang sejuk.

Di sebelah kanan ada sebuah meja yang di penuhi penyebat dan tali belati yang berbagai saiz. Satu kawah di atas bara api yang menyala terdapat beberapa batang besi terpacak keluar darinya digunakan untuk membuat tanda, yang Anthony jarang guna. Yang terakhir, di dinding di seberangnya terdapat satu barisan bilik tahanan yang ada beberapa tahanan.

Beberapa ekor serigala jadian bergerak dalam bayang-bayang menyiapkan beberapa perkakasan untuk pelawat istimewa yang Anthony bernasib baik mendapatkannya beberapa minggu lepas. Mereka berhenti dan memandang dengan sifat ingin tahu bila ketua mereka masuk ke bilik itu dengan pengawal-pengawalnya dan serigala baru untuk didisiplinkan.

Anthony berdiri ke belakang sementara pengawal-pengawalnya merantai serigala itu ke dinding dan mennyahkan mereka bila selesai.

"Apa yang kamu mahu kami buat, Tuan Anthony?" serigala tertua bertanya.

"Saya mahu kamu beri dia pengajaran, Boris", jawab Anthony. "Dia gagal membawa balik pengantinku dan dia harus belajar bahawa kegagalan tidak diterima".

Boris melihat budak itu dan mengeluh senyap. "Dia masih budak".

"Dia patut belajar awal", Anthony bersuara tanpa emosi.

Boris mengangkat tangan dan mengisyaratkan dua serigalanya kepadanya. Mereka datang dan mengoyakkan belakang baju budak serigala itu terbuka. Boris mengambil satu penyebat, yang berpecah sembilan dihujungnya, dan melibasnya di udara. Serigala dirantai itu cuba menjauhkan diri membuatkan Anthony tersengeh.

Boris berdiri lima kaki di belakang pemuda itu dan menyebat ke depan. Serigala muda itu menjerit bila penyebat itu mengigitnya sepanjang belakangnya. Jeritan itu berterusan sambil Boris meneruskan sebatannya ke atas kulit yang cantik sebelum ini. Akhirnya, dia berhenti dan seekor serigala lain melangkah ke hadapan dengan semangkuk besar garam. Lebih kuat lagi tangisan kesakitan kedengaran bila garam dibaling ke luka-luka berdarah itu.

Serigala muda itu terseliuh pada dinding menjangkakan penyeksaan itu sudah berakhir, cuma menjerit lagi bila sebatan itu diteruskan... cuma sekarang dua lagi penyebat digunakan.

Anthony mengangkat tangan kanannya untuk melihat dengan lebih terperinci dan mengerut bila dia nampak dia terpaksa memotong kukunya lagi. Membongkokkan bahunya, dia berpusing jauh dari penyeksaan itu dan pergi ke bilik tahanan yang paling jauh di hujung bilik bawah tanah itu. Senyuman terpapar di mukanya bila rantai berat di situ bergegar.

Lelaki tahanan di dalam tiba-tiba berdiri dan meneran pada rantaiannya cuba menerkam Anthony.

Perasaan marah Anthony tiba-tiba hilang apabila melihat lelaki yang bangga dalam tahanan. Senyumannya lebih lebar bila dia terfikir cara untuk mendapatkan kembali Jewel ke dakapannya dan jauh dari harimau-harimau yang dia minta perlindungan.

"Saya gembira saya tembak kamu hanya sekali Micah... Saya mungkin perlu gunakanmu".

*****

Tabatha melihat sekeliling pangsapuri yang dikongsi dengan Kriss dan menggigil. Selalunya dia tidak kisah berseorangan tapi untuk bermacam sebab, malam ini susah untuk dilalui. Dia melihat ke luar tingkap bila terdengar bunyi bising menyangkakan Kriss sudah pulang. Dia rasa dia dalam keadaan baik bila Envy dan Devon menghantarnya pulang rumah dalam perjalanan ke tempat Chad. Tapi sekarang dia rasa amat memerlukan teman.

Envy ada bertanya jika dia mahu ikut mereka jikalau Envy memerlukan bantuan untuk berbincang dengan abangnya. Tapi, Tabby ingatkan Kriss akan pulang tidak lama lagi dan dia mahu bertanya Kriss apa yang terjadi, jadi dia tidak ikut pelawaan Envy... sekarang dia menyesal tidak ikut.

Berfikir tentang Kriss membuatnya berfikir tentang Dean dan bagaimana kelakuannya di gereja. Dia masih ingat rupa mukanya bila dia melihat Kane.

Tabatha menggeleng kepala bila gambaran Kane terpampang dalam mindanya walaupun mencuba untuk melupakannya. Melihatnya terbaring hampir mati telah menarik sesuatu dalam sanubarinya. Dia tidak faham kenapa tapi, memikirkan dia hampir mati membuatkannya mahu memeluk tubuh seakan bola.

"Tingkatkan kawalan diri", bisiknya memecah kesunyian. "Apa yang kamu perlu adalah satu gangguan perhatian".

Mengambil telefon dia berhasrat menelefon Jason di tempat kerja untuk berbual dan tanya jika ada sesuatu ganjil berlaku sejak Kriss terbang dari jauh ke Florida.

Telefonnya berdering tiga kali sebelum diangkat.

"Perlindungan Hutan, Pegawai Fox bercakap", satu suara menggoda berkata.

 

"Hey Jason, ini Tabby", dia tersenyum untuk pertama kali selepas melangkah masuk pintu hadapannya.

“Tabby?” Jason menangis dan Tabby terdengar sesuatu terjatuh, mungkin kerusi sebab Jason selalunya menyandar ke belakang pada sudut merbahaya atas dua kaki. "Kamu ada di mana?".

“Kriss seperti menculikku dan Envy dan bawa kita ke Florida untuk beberapa hari" jawab Tabby. "Saya baru sahaja pulang dan fikir saya patut telefonmu dan lihat apa yang saya terlepas".

Jason mengeluh, "Selain dari perkara-perkara pelik yang biasa, kamu tidak terlepas banyak. Yang paling menarik pun ialah malam semalam kita dapat panggilan dari orang gila".

Tabby tersengeh dan duduk di sofa. "Ceritalah!".

“Jacob dan saya tengah duduk, ianya malam yang sunyi, dan telefon berdering. Saya angkatnya dan ada orang kata dia nampak seekor harimau kumbang mengejar seekor harimau bintang merentas bandar dengan satu telefon bimbit terikat di kakinya".

Tabatha tidak boleh tahan dan mula tergelak. Jika dia jadi Jason beberapa minggu yang lalu, dia akan berfikir yang sama. "Oh celaka", jeritnya.

"Beritahu saya mengenainya", kata Jason dengan gelak. "Jason dan saya bertaruh atas kemungkinan ada atau tidak pesanan teks jika mereka jumpa penjahat itu".

"Kamu pasti kamu tidak minum apa-apa dari keistimewaan Kat?" tanyanya sambil ketawa.

"Saya tidak minum semasa kerja!" jawab Jason dan Tabatha terdengar Jacob tergelak di belakang. "Jadi bila kamu akan kembali kerja?".

Tabatha menaikkan bahu, "Saya tidak tahu lagi. Saya perlu beberapa hari lagi dan saya ada hari cuti untuk digunakan".

"Itu bagus, kami rindumu. Ianya tidak sama tanpa ada muka cantik untuk memeriahkan tempat ini. Apa yang saya ada cuma Jacob, dan dia tiada apa-apa untuk dilihat".

"Saya rindu kamu juga", kata Tabatha, dan dia maksudkan begitu. "Kita akan berjumpa dalam beberapa hari lagi".

Jason senyap untuk seketika dan Tabatha seakan tahu apa yang akan terjadi. "Bagaimana Envy?".

"Dia baik-baik sahaja. Sepertiku, dia perlu beberapa hari cuti". Dia menggigit bibir bawahnya untuk beberapa saat dalam diam.

"Adakah ianya benar?" tanya Jason.

"Apa yang benar?" Tabatha bertanya cuba buat-buat tidak tahu.

"Benarkah Envy berpacaran dengan Devon Santos?" buku jari Jason menjadi putih bila dia menggenggam telefonnya lebih kuat.

Tabatha mengeluh, dia tahu ini akan melukakan hati Jason dengan teruk, tapi sedikit sebanyak ianya salahnya. Seseorang yang comel tidak sepatutnya terlalu memuja seorang gadis yang menganggapnya sebagai kawan rapat dan abang.

"Ya, ia benar" Tabatha berkata perlahan. "Saya tahu dia tidak bermaksud melukakan hatimu. Dia sayangkan kamu... kamu tahu".

Jason menghembus nafasnya perlahan dan Tabatha kesihankannya. Dia mengejar Envy begitu lama dan Envy sahaja gadis yang diidamkannya. Sekarang Envy sudah terlepas dari pegangannya tapi Tabatha tidak mahu memberitahunya. Itu kerja Envy.

"Saya tahu dia tidak", kata Jason selepas seminit. "Saya rasa saya patut faham bila dia tidak beri perhatian pun semasa saya menggodanya".

"Dia nampak, Jason", kata Tabatha. "Cuma dia fikir ianya akan menyukarkan persahabatan denganmu".

Jason menggumal, "Ya, saya fikir ia mungkin tapi kamu tidak boleh menyalahkan seorang lelaki untuk bermimpi, kan?".

"Saya boleh salahkanmu dalam banyak perhaps", Tabatha terdengar Jacob berkata di belakang.

"Kamu diamlah", Jason menyingai mesra dan Tabatha terdengar dia hempas kaki kerusinya ke bawah pada posisi betul. "Tabatha, saya telefon kamu lagi nanti. Budak kecil di sini mula membaling kertas gumpal pada saya".

Tabatha ketawa dan menggangguk, "Baiklah, saya cakap denganmu lagi nanti".

Dia meletak telefon dan duduk sekejap sebelum meletakkan telefon itu ke pengecajnya. Melihat sekeliling pangsapurinya, ianya tidaklah terlalu sunyi sekarang. Jason memerlukan persahabatannya lebih lagi sekarang dan sifat diperlukan itu membantu membuatkannya lebih stabil.

Berdiri dan mengguak tangannya ke atas kepala, dia berjalan dari ruang tamu ke bilik tidurnya. Dia membuka pakaian dan memakai seluar pendek dan baju senteng sebelum berbaring atas katilnya yang sejuk dan selesa.

Masa ini dia tidak cuba menghentikan adegan yang bermain di mindanya sementara dia mula tertidur. Lagipun, dia perlu menafsirnya dan ia tidak akan berhenti sehingga tafsirannya dibuat... jadi tiada guna melawannya? Dia terbenam dalam kegelapan tidurnya masih merenung ke gereja itu dan mata Kane.

*****

Jewel berlegar-legar sepanjang bilik tidur Steven. Tangannya memeluk tubuhnya dan dia sudah mula menggigit kukunya, sesuatu yang tidak dilakukannya sejak kecil.

"Ini salah saya", katanya perlahan cuba melupakan gambaran ayahnya yang disula di atas mazbah di gereja yang sama dia hadiri sepanjang hayatnya. Berapa kali dia sembahyang di bawah tempat dia dibunuh? Dia tahu Anthony gila tapi itu sadistik.

Steven memandang wanita itu berlegar-legar ke hadapan dan belakang dan boleh melihat bibirnya bergerak tanpa suara bila dia mengeluh dalam mindanya. Dia mencapai dengan tangannya dan meletaknya di tangannya lembut untuk mententeramkannya. "Jewel, ini semua bukan salahmu".

Dia mengecilkan matanya pada tangan Steven kemudian merenungnya. "Kamu separuh betul. Ianya salahmu sebanyak juga salahku. Sekarang ayahku sudah mati, saya tidak perlu mengahwini Anthony lagi dan pasti tidak perlu tetap berkahwin denganmu".

Jewel memaling muka darinya jadi tangannya akan terlepas. Yang terakhir dia mahu sekarang ialah untuk menyucikan dosa-dosanya... dia rasa sangat bersalah. Dia memberikan Anthony paku-paku yang menyula ayahnya sendiri.

Steven tidak mengakuinya tapi kata-kata Jewel benar-benar menyakitinya. Dia menjawabnya cuma dengan cara yang dia tahu pada masa itu kerana Jewel terang-terang tidak mahu dipujuk atau dibelai.

"Kamu betul-betul fikir Anthony akan berhenti mencarimu hanya kerana dia membunuh ayahmu?" jerit Steven. Dia tahu dia betul dan Jewel tidak akan dengar apa-apa perkataan darinya.

"Dia bunuh ayah saya... Saya berjoget dengan syaitan sebab saya mahu ayah saya selamat dan hidup. Jika Anthony berani menghampiriku sekarang, saya akan pecahkan kepalanya". Jewel rasa sangat ganjil. Ianya seakan dia tenang di luar, tapi berketar-ketar dengan kuat sebelah dalam.

Dia menangis berjam-jam tapi kemarahannya akhirnya memberinya kesedaran. Dia sudah cukup menitiskan air mata. Sekarang masanya untuk mengawal kembali kehidupannya. Dia sedang merancang untuk memerangkap Anthony dan dia harap Steven betul... yang Anthony akan datang mencarinya, sebab itu dia mesti bersedia.

"Saya tidak boleh biarkan kamu pergi", beritahu Steven padanya. Jika dia tidak boleh mempertahankan diri, dengan itu sebagai pasangannya... dia perlu lakukannya untuk Jewel. Dia lihat mata merah Jewel menoleh dan merenung dirinya.

"Itu membuatkanmu bukan lagi baik dari Anthony dan saya akan membencimu sepanjang hayat", katanya degil. Dia mahu Steven menjadi marah padanya, menghalaunya keluar dan membasuh tangannya darinya. Jika dia lakukan itu... mungkin Anthony tidak akan bunuhnya sama seperti dia membunuh ayahnya. Dia tidak mahu disalahkan untuk mana-mana lagi kematian yang mengerikan melainkan ianya Anthony... dia suka dipersalahkan untuk itu.

Steven merenungnya dalam seminit kemudian buka pintu dan berdiri di tepi. "Pergilah kalau begitu. Saya mempelawa untuk menyelamatkanmu dan kamu mahu berperang? Pergilah, dan kita tengok berapa jauh kamu boleh pergi menentang sesuatu yang kamu sedikit pun tidak tahu bagaimana untuk membunuhnya". Steven senyum jahat padanya, "Cuma kamu perlu tahu, cerita wayang tiada yang betul tapi temberang".

"Saya jangka kamu patut tahu!" jerit Jewel dan melangkah ke hadapan. Kenapa dia masih mahu menyelamatkannya? Dia tidak faham bahawa dia akan membuatkannya terbunuh juga?.

Steven menutup matanya dan menoleh ke arah lain. "Ya, saya patut tahu... kan?" perlinya kemudian memandang kembali sementara Jewel berkejar melepasinya. Cemas, Steven menangkapnya di pinggang dan menariknya dekat, "Celaka, tunggu!" dia menyerah.

Jewel mula menggeliat darinya jadi dia menariknya lebih rapat ke dadanya. "Jika kamu mahu memerangkapnya silakan, tapi kamu tidak mampu lakukannya seorang. Biar kami bantu".

Jewel menolak dari dadanya menyandar ke belakang untuk merenung padanya. "Kenapa? Supaya kamu pun tergantung di atas salib juga?". Dia mahu menjerit bila gambaran itu masuk ke mindanya. "Saya tidak mahu itu berlaku".

Dia tidak pasti apa perasaannya terhadap Steven tapi bayangan dia mati seperti itu membuatkannya rasa seperti ditikam di dada. "Jika kamu lepaskan saya sekarang, dia tiada sebab menyerangmu". Dia menggenggam hadapan bajunya dalam tangan kecilnya. "Kamu akan selamat... dan hidup".

"Dia akan menyerangmu juga", beritahu Steven kemudian melakarkan jarinya ke atas tanda cinta yang diberinya. Dia senyum sopan bila dia rasa Jewel menggigil pada sentuhannya. "Seperti saya kata, ini kehidupan nyata. Jika kamu pergi kepadanya dan dia nampak tanda cinta itu, dia akan mencariku walau apapun yang kamu kata atau buat".

Jewel menyandar pada kehangatan padu yang dianjurkan Steven dan menutup matanya. Dia rasa kemarahannya hilang dalam keselamatan pelukannya dan mahu menghentak kakinya dalam kehampaan. Kesedihan kehilangan ayahnya bermula semula tapi dia tidak akan menangis.

Steven memeluk Jewel dengan lebih ketat. Dia tidak menyalahkannya atas perlakuannya. Jika Anthony baru sahaja membunuh ayahnya, tiada kuasa di dunia atau akhirat akan berjaya menahannya dari bertindak.

"Lihat, bagaimana jika begini?" tanyanya menyandar sedikit ke belakang dan mengangkat muka Jewel padanya. "Kita akan adakan pertemuan pagi ini dan semua akan hadir. Kita akan bantumu fikirkan sesuatu yang lebih baik dari kamu menyerah padanya. Lagipun, dengan kita kamu ada tentera bersamamu. Tanpa kita, kamu akan berlawan dengan kumpulan serigala jadian dan walau apapun yang kamu lakukan... Anthony akan menangkapmu". Dia membelai pipinya sementara mencari dalam matanya, "Dan saya tidak mahu Anthony menangkapmu".

Jewel menundukkan pandangannya ke dada Steven dan menarik nafas tersekat-sekat yang panjang. Dia betul. Dia tidak mahu ada berdekatan raksaksa itu selepas apa yang dilakukannya. Dia mendekap telinganya ke dada Steven mendengar degupan jantungnya yang kuat dan bertenaga. Berapa kali dia telah menyelamatkannya dari langsuir, dari Anthony, dan sekarang dari diri sendiri yang bodoh?.

"Bolehkah kamu memelukku malam ini?" Jewel berbisik tahu jika dia melepaskannya, ketakutannya selama beberapa jam yang lepas akan timbul semula menakutkannya. Dia menoleh padanya dan mengunci renungannya dengan pandangan Steven yang tetap. Bibirnya merekah berahi sementara kejutan hangat membuak dari tengah-tengah badannya.

Bagaimana dia boleh mententeramkan kemarahannya dan membuatnya terasa kehangatan dalam masa yang sama? Dia cepat-cepat menoleh ke arah lain tidak mahu Steven membaca kecelaruannya.

Tanpa menjawab, Steven mengangkatnya dalam pelukannya, tendang pintu tutup dengan kaki, dan berjalan balik merentasi bilik itu dan meletakkannya di bucu katil. Dibuka kasutnya, dia cepat-cepat membuka kasut sendiri dan berbaring dengannya. Dia dengar tarikan nafas Jewel yang cepat bila dia merangkulnya dan melakukan posisi sudu dengannya. Ianya akan makan masa... tapi dia kejam jika melepaskan Jewel dengan senang.