Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)

Text
0
Kritiken
Leseprobe
Als gelesen kennzeichnen
Wie Sie das Buch nach dem Kauf lesen
Schriftart:Kleiner AaGrößer Aa

Bab 4

Trevor dan Kat mengesan langsuir itu di tengah bandar.

"Apa yang dia buat?" bisik Kat, mula curiga.

"Nampak macam dia membeli belah", jawab Trevor bila langsuir itu berhenti di tingkap kedai dan melihat ke dalam tingkap gelap itu.

Langsuir ini muda, tidak sampai lapan belas dari rupanya. Dia berambut hitam lurus dan memakai kacamata bulat. Dengan rambutnya disikat ke belakang, dia nampak segak kecuali kulitnya yang pucat.

Mereka berdua mempercepatkan jalan bila langsuir itu tiba-tiba berpusing dari tingkap itu dan sambung berjalan di jalan. Walaupun kedai semua tutup, kaki lima sibuk malam itu.

Mereka terjumpa tubuh mangsa terakhir langsuir itu terbaring di laman yang kemas. Dengan deria bau yang tajam, mereka dapat mencari penghisap darah itu bila ia sampai di Rodeo Drive. Dari situ, Trevor terpaksa menahan Kat dan menasihatnya bahawa terlalu ramai orang di sekitar situ untuk mereka mengejarnya tergesa-gesa.

Sekarang, mereka di situ, mengikut langsuir dengan kaki dan keduanya tiada keinginan berbual. Selepas itu mereka naik bas bandar tidak kisah destinasinya. Akhirnya, langsuir itu tarik loceng untuk turun. Kat dan Trevor sambung ke perhentian seterusnya dan turun sebelum menyambung mengejarnya. Langsuir itu terus berjalan dan Kat menyeringai geram.

"Saya mula fikir langsuir ini ambil dadah. Kita hampir buat pusingan penuh", dia komplen. "Kita cuma beberapa blok dari kelab".

"Itu dia pergi!" teriak Trevor dan lari ke lorong langsuir itu ghaib.

Kasut Trevor menciut bila berhenti di mulut lorong itu dan meninjau ke dalam. Kat berdiri di sebelahnya, menunduk sedikit supaya mereka berdua boleh meninjau di bucu itu.

"Cilaka", Trevor menyumpah dan keluarkan 9mm nya.

"Saya tidak faham kenapa kamu bawa pistol", kata Kat walaupun dia tahu Nick pun bawa satu. Ia bukan pistol itu yang Nick bergantung... ianya peluru istimewa yang di dalamnya. "Benda itu tiada guna ke atas langsuir".

Trevor tersengeh, "Kamu lupa saya kerja dengan siapa. Peluru ini direka untuk pecah selepas tembus dan tengahnya dikosongkan dan diisi sedikit asid muriatik. Itu akan makan semuanya dari dalam".

"Kenapa asid itu tidak makan peluru?" tanya Kat, mencungkil rahsia untuk merasuah Nick.

"Ada bekas di dalam peluru yang dikosongkan yang asid itu tidak boleh makan. Saya terlupa ianya bahan apa sekarang", jelas Trevor. "Ianya cukup kuat untuk tidak dimakan asid itu tapi boleh pecah bila terkena impak".

Kat perlahan-lahan berdiri tegak, "Mari kita masuk?".

Trevor memegang erat pistolnya dan masuk dahulu, diikuti Kat yang memegang pisau-pisau tajam di kedua tangannya; terimakasih pada Trevor. Mereka memeriksa keseluruhan lorong itu sebelum sedar langsuir itu sudah hilang.

Trevor merehatkan diri dan menurunkan senjata. "Dia hilang!".

Kat melepaskan keluhan hampa, "Baiklah, sebab kita sudah dekat, baik kita balik ke kelab".

"Walaupun suka mempermainkan kamu berdua yang bodoh malam ini", suara berkata di belakang mereka. "Saya mesti jemput kamu makan malam".

Kat dan Trevor berpusing ke suara itu dan kaku bila melihat langsuir yang mereka cari dengan lima yang lain.

"Anak haram ini tahu kita mengintainya", Trevor menyeringai dan naikkan pistolnya dan bersedia.

Dengan dinding di tiga sisi dan langsuir-langsuir di hadapan mereka, Kat tahu dia dan Trevor terpaksa melawan untuk keluar dari situ. Dia melutut rendah bila langsuir-langsuir itu datang dekat. Seorang berambut merah menyala melompat berharap memerangkap mereka, dari belakang.

Kat tiba-tiba menolak dirinya ke atas dan bergelut dengan langsuir itu di tengah lompatannya. Kuku tajamnya walaupun tidak berubah tapi ia bersedia. Mereka jatuh ke tanah dengan langsuir itu di bawah di atas belakangnya.

Penghisap darah itu memegang pergelangan kanannya kuat, dia rasa tulangnya terkehel dengan sakit. Tergamam kesakitan, dia menepis pergelangannya ke bawah, menikam pergelangan langsuir itu sebagai balasan. Membebaskan dirinya, Kat tidak teragak menusuk tangan kanannya ke dada raksaksa itu dan mencabut jantungnya.

Trevor mengacu dan menembak langsuir yang diburu mereka sepanjang malam ini. Peluru itu kena tekaknya dan, untuk seketika, dia cuma menjeling pada Trevor dengan riak tidak percaya dan mencakar tekaknya itu. Jeritannya terkedu bila asid yang terlepas dari peluru terkena kotak suaranya.

Trevor tidak nampak apa berlaku selepas itu kerana diserang tiba-tiba oleh seorang lagi langsuir. Badannya terpelanting ke dinding lorong dan jatuh ke tanah. Pistol 9mm nya tercampak semasa dia cuba tidak mengira bintang di visinya. Lagi satu langsuir merapatinya bila Trevor rasa sesuatu di kakinya. Melihat ke bawah, dia nampak kepala langsuir yang ditembak tadi dan mencapainya.

Mengangkat kepala yang terputus itu pada rambutnya, Trevor membaling benda yang masih dimakan asid itu ke penghisap darah yang meluru padanya. Makhluk itu mengelak dan menyeringai padanya, bersedia untuk menerkamnya. Sesuatu berkilat terbang dalam visinya dan Trevor nampak satu pisau panjang tertikam di dada langsuir itu. Menoleh kepalanya, Trevor lihat Kat berdiri di situ kusut berdarah.

"Jaga-jaga!" jerit Trevor.

Kat mengangkat pisaunya yang lagi satu dan tersentap bila langsuir itu memegang tangannya dan menjunamkan pisau itu dalam lingkungan, terus ke atas pehanya. Kesakitan itu cukup untuknya bertenaga menolak langsuir itu jauh. Dia tersungkur ke belakang pada Trevor dan berjaya mencabut pisau itu dari pehanya. Cecair suam keluar dan membasahi kakinya.

Trevor tahu sesuatu mesti dilakukan. Mereka berdua cedera sekarang. Dia boleh rasa sakit di rusuk dan bahunya yang terhempas ke dinding dan susah bernafas. Melihat Kat, yang berdiri melindung di hadapannya, dia fikirkan langkah seterusnya.

Dia perlu berubah ke suatu yang cukup besar dan kuat untuk melawan mereka dan berjaya. Masalahnya jika dia berubah, dia akan menunjukkan Kat naluri semulajadinya. Bakanya tidak pernah berbaik dengan kumpulan perubah yang lain disebabkan kelainannya. Mereka boleh bercampur baur dengan mana-mana kumpulan dan tidak dapat dikesan, kadang kala berdekad lamanya. Mereka senjata utuh dalam peperangan.

Disebabkan itu, apa bentuk haiwan dia pilih akan menjadi sepuluh kali lebih kuat dari musuhnya. Dalam bentuk manusia peraturan yang sama digunakan, tapi ianya tidak banyak membantu masa ini. Tapi, kalau dia tidak berubah, mereka akan musnah.

Tiba-tiba Kat menjatuhkan senjatanya dan melutut. Disebabkan kecederaannya, perubahannya beberapa saat lambat dari biasa. Badannya berubah sehingga dia berdiri atas empat kaki. Pakaiannya tertanggal dari badannya dan bulu cantik kelabu dan hitam bertompok mengambil tempat pakaiannya.

Satu dari langsuir yang tinggal menyerang dan Kat bangkit dari kaki belakangnya, menerjah dan memegangnya seperti bergusti. Kukunya mencengkam bahu makhluk itu dan taringnya tersingai. Tanpa berfikir, Trevor pilih masa itu untuk berubah bentuk.

Dua langsuir yang tinggal berdesir marah bila manusia yang mahu diserang berubah ke beruang Kodiak. Trevor mencakar tangan besarnya ke langsuir terdekat dan mengoyak separuh badannya terputus, meninggalkan kaki yang jatuh tidak bernyawa. Tahu langsuir itu belum mati, Trevor memijak badan atas langsuir itu dan mengigit kepalanya hingga berkecai dengan rahang kuatnya.

Dia bangkit ke kaki belakangnya untuk membantu Kat bila kedua langsuir yang terakhir menyerang mereka dengan begitu ganas. Trevor tersentap ke belakang beberapa langkah sebelum meraung kuat dan menarik seorang darinya, membalingnya ke dalam lorong itu. Dia meraung lagi bila yang terakhir mengigit bahunya. Dia terdengar jeritan harimau kumbang Kat dan rasa dinding batu bata terhempas di dahinya sebelum terjatuh dari impak itu.

*****

Quinn dan Warren telah memeriksa semua kawasan dalam lingkungan lima batu dari kelab itu.

"Tiada apa-apa di sekeliling", ujar Quinn dan cuba tenangkan kekecewaannya. Ada sesuatu yang tidak kena... dia boleh rasanya di udara.

Warren terdengar kegelisahan di suara Quinn. "Selepas pergaduhan di gudang itu, saya tidak terkejut". Telefonnya berdering membuatkan kedua-duanya terlompat dan sedar betapa cemasnya mereka. Dia keluarkan telefon bimbitnya dari poket jeansnya.

“Hello,” kata Warren di telefonnya kemudian mengangguk setelah seketika. "Okay, kita akan siasat". Dia tutup telefon dan masukkannya ke poket. "Itu Nick, mereka terjumpa terowong bawah tanah di bawah gereja itu".

"Kita patut pergi siasat", ujar Quinn cuba menahan adrenalin yang merangkak di kulitnya dan dia tidak pasti kenapa.

Jeritan jauh harimau kumbang kedengaran di malam sunyi itu membuatkan kedua lelaki itu kaku. Mereka menoleh ke arah bunyi itu sebelum memandang sesama sendiri.

“Kat!” mereka teriak bersama.

Warren dengan cepat keluarkan telefon bimbitnya dari poket dan letaknya di pemegang elastik pada buku lalinya.

Tanpa berlengah dan beberapa saat kemudian kedua lelaki itu berubah dan berkejar di jalan. Orang ramai menjerit dan berlari dari kucing-kucing besar itu, memyebabkan kekecohan. Quinn berada di hadapan dan memintas trafik memyebabkan kereta-kereta menekan brek mengejut. Kereta di belakang merempuh kereta di hadapan, membuatkan reaksi berantai.

Warren melompat ke atas hud kereta yang pertama dan meneliti agar tiada orang yang cedera sebelum mengejar Quinn di seberang jalan.

Pemandu kereta itu terkejut atas apa yang terjadi dan ambil telefon bimbitnya.

*****

Jason sangat bosan. Tiada apa yang berlaku selama beberapa hari dan dengan Tabby dan Envy bercuti, dia boleh jadi gila.

 

Bila telefon berdering dia hampir terlompat terkejut dan cepat-cepat ambilnya untuk jawab.

"Stesyen Renjer", kata Jason bosan.

"Ya", satu suara terketar menjawab. "Saya mahu laporkan sesuatu pelik".

Jason mengeluh dalam hati dan mengambil pen dan kertas. "Okay, beritahu saya apa yang kamu nampak, tuan".

"Suatu yang paling cilaka yang pernah saya nampak", kata lelaki itu sesak nafas. "Saya nampak seekor harimau bintang dan seekor harimau kumbang berkeliaran bebas di tengah bandar. Saya brek mengejut bila harimau bintang itu melintas di hadapan saya dan harimau kumbang pula meloncat ke atas hud kereta saya, melihat saya, kemudian lari mengejar harimau bintang tadi".

"Ia mungkin satu lagi kes melarikan diri dari zoo", kata Jason, walaupun itu satu penipuan yang biasa digunakan pada orang awam untuk menjawab bahawa bandar itu selalu ada perhilitan merbahaya sekarang.

"Tidak", teriak lelaki itu. "Harimau kumbang itu ada telefon bimbit diikat di buku lalinya".

Jason melihat ke renjer lagi satu di pejabat itu, Jacob Savage.

"Jadi kamu kata harimau kumbang itu ada telefon bimbit diikat di kakinya?" tanya Jason.

Jacob hampir tercekik pada kopinya dan letakkan cawannya ke bawah, mengesat hidungnya kerana ada kopi yang masuk ke hidungnya.

"Itu sebagaimana apa saya kata!", lelaki itu mengilai cukup kuat sehingga Jacob pun boleh dengar dia.

Jason mengangguk, "Baiklah tuan, bertenang. Kamu kata dia lari pergi, jadi kamu selamat. Terimakasih atas panggilan, kami akan siasat".

Jason cepat-cepat letak telefon dan merenungnya seketika seakan alat itu akan menerkam dan makan dia.

"Baik sahaja", Jacob teruja selepas tenang dari batuknya.

*****

Warren akhirnya berjaya dekat dengan Quinn semasa sampai di lorong di mana bau Kat amat kuat. Berpusing di bucu, mereka sempat melihat Kat mengoyak tekak satu langsuir dan seekor beruang besar menusuk kukunya yang panjang menembusi dada satu lagi langsuir. Kuku itu tembus terus ke belakang langsuir itu, memegang jantungnya sebelum memerasnya seperti belon air.

Kat terkebil, sedar semasa berlawan... langsuir-langsuir itu seakan bertambah. Dia hampir tidak sempat bernafas sebelum diserang satu lagi langsuir. Dia menjerit bila taring tajam mengigit rusuknya. Kukunya menikam belakang penyerang itu cuba menolaknya. Tiba-tiba berat di sisinya hilang dan dia terjatuh, pengsan dari kesakitan, kehilangan darah dan kepenatan.

Quinn nampak langsuir itu menyerang Kat dan kemarahannya memuncak di dada. Dia berlari ke dalam lorong itu tidak kisah jika Warren ikutnya atau tidak. Menerkam langsuir itu ke tanah, dia meraung ke mukanya sebelum mengoyak lehernya dengan taring tajam. Dia boleh rasa kukunya menusuk langsuir itu semasa panik tapi dia hilang sabar dan terus mengoyak. Mencampak kepala langsuir itu ke tepi, dia menoleh ke Kat dan menyeringai.

Trevor dengan senang melawan langsuir terakhir itu, mengoyaknya terburai sehingga tiada apa yang tinggal kecuali tubuh tanpa kepala dan anggota badan. Dia menoleh semasa mendengar jeritan Kat kemudian nampak seekor harimau bintang menerkam langsuir yang menyerangnya. Bila Kat berubah semula ke manusia, Trevor berdiri menutupi badannya yang bogel dan pengsan, melutut berjaga-jaga jika ada serangan lain.

Satu ngauman kasar menarik perhatiannya dan lihat renungan harimau bintang yang sedang marah melangkah ke arahnya mahu membunuhnya... Quinn Wilder.

Disebabkan perlawanan tadi, Trevor sangat letih dan pergerakannya lambat. Dia tidak terdaya menangkis Quinn dan mengambil serangan kuat di sisinya. Trevor terpelanting merentas lorong itu ke dinding batu bata untuk kali kedua malam itu.

Trevor meraung dan bangun ke kaki belakangnya untuk dua saat sebelum terkulai dan jatuh ke tanah. Quinn mendekatinya dan Trevor tidak mahu berubah di hadapan harimau bintang itu tapi dia terpaksa. Lagipun Kat akan beritahu mereka juga... apa pilihan lain yang ada?. Tidak dapat melihat kecederaannya di bawah bulunya, dia berubah perlahan-lahan dan cuba bangun sekali lagi.

Quinn terhenti bila nampak manusia lelaki dari bar tadi... Warren panggil dia Trevor. Dia berdengus bila deria baunya memberitahunya Trevor bukan perubah bentuk biasa... atau bukan yang dia pernah jumpa. Tidak tahu apa yang dihadapinya tidak menenangkan kemarahannya.

Dia mara ke hadapan tapi Warren memintasnya dan merapati Trevor, berubah ke manusia semasa itu. Bila Trevor terhoyong-hayang, Warren memegang tangannya dan menaikkannya ke atas bahunya. Dia tidak nampak sebab untuk biarkan Quinn lawan seorang yang lemah.

Trevor melihat ke Warren dan tersengeh bila sedar nasib mereka. "Memang kacau, sekarang kita semua bogel", ujarnya dan terus pengsan.

Warren mengeleng kepala dan tidak dapat menahan senyuman sebab Trevor berkata benar. Ianya masa sebegini dia syukur dia bawa telefon bimbitnya dan membawanya seperti itu. Dia meletak Trevor ke dinding dengan lembut dan mahu ambil telefonnya bila terdengar Quinn menyeringai.

Quinn berubah dan sedang meneliti tubuh Kat yang pengsan. Pakaiannya beberapa kaki jauh, terkoyak bila dia berubah dan tidak boleh dipakai lagi. Memutuskan tentang pakaian nanti, Quinn meneliti kecederaan Kat dan kaku bila melihat darah masih mengalir di pehanya.

Mengerakkan kakinya untuk melihat lebih rapi darah yang keluar, dia terkejut melihat kesan pacaran. Dia menyeringai dari tekak tidak sengaja. Seseorang telah berpacar dengan Kat, memberinya kesan itu dan tinggalkannya.

Quinn rasa cemburu dari dalam hatinya dan merapatinya untuk hidu jika bau pacarnya masih pada Kat. Itu membuatnya lebih marah... dia tidak berbau lelaki, dia berbau bagus.

Menoleh ke lelaki yang Warren sedang melutut dekat, Quinn mushkil kesan pacaran itu diberikan si perubah bentuk berambut perang itu.

Warren mengambil telefon bimbitnya tidak hiraukan kemarahan Quinn untuk masa itu. Kat perlu bantuan dan dia tidak mahu beritahu siapa memberi kesan pacaran itu. Biar dia carinya sendiri.

“Puan Tully?” tanya Warren tersenyum. "Saya baik sahaja puan. Saya ingin jemput kamu jumpa saya di Dansa Bulan. Adik saya dan kawannya cedera dan perlukan perhatian perubatan yang cuma kamu boleh beri".

Warren senyap seketika kemudian mengangguk, "Terimakasih, Puan Tully".

"Saya tidak tahu kamu kenal Tully", kata Quinn lembut. Dia jumpa Tully tidak lama selepas keluarga-keluarga itu berpisah.

Warren tersengeh sementara mendail lagi satu nombor. Adakah Quinn fikir hanya dia boleh mengintip?. "Nick telah dapat banyak masalah yang tidak terkira. Puan Tully yang selalu merawatnya dan rumahnya sentiasa terbuka jika kami perlu tempat bersembunyi".

"Saya tidak sangka kita tidak pernah bersua sebelum ini", respon Quinn menjadi sedikit curiga.

“Nick, kami di lorong sepuluh blok ke barat dari kelab dan perlu kenderaan. Bawa pakaian untuk tiga lelaki, kakakmu, dan bawa Hummer". Warren letak telefon tanpa menunggu jawapan Nick dan beralih tumpuan ke Trevor.

"Adakah dia yang berikan Kat kesan pacaran itu?" bentak Quinn.

"Itu, kawanku, bukan cerita saya untuk diberitahu", kata Warren seakan rahsia.

Bab 5

Nick baru sahaja hantar Steven dan Jewel ke Lampu Malam bila dia dapat panggilan itu. Jewel sangat senyap sejak perlakuan Dean di gereja tadi tapi dia boleh rasa apa yang maklaikat yang jatuh itu buat untuk menenangkannya sudah mula hilang kuasanya. Lebih jauh dari gereja itu, lebih resah dia jadi. Dia boleh jangka kepeningan kawannya itu nanti.

Melambai ke Steven, Nick cepat-cepat angkat telefonnya dan mengimbangnya sekejap bila dia hampir terjatuhkannya. Akhirnya dia berjaya pegangnya pada deringan ketiga dan bukanya.

"Cakaplah", dia menyeringai. Riaknya luntur keresahan sebelum menekan minyak ke lantai. Nasib baik, dia memutuskan memandu Hummer untuk ambil Steven dan Jewel ke Lampu Malam.

Dia buat senarai pantas dalam kepala dan bernafas lega bila teringat Warren masih ada beberapa pakaian lebih dalam kereta itu dari cuti perkhemahan mereka yang terakhir. Tiada siapa kisah mengeluarkannya dan itu menyelamatkan Nick dari pulang ke rumah dahulu. Bagus juga yang Warren dan Quinn lebihkurang sama saiz... ianya tidak wajar cuba memakai pakaian yang bersaiz terlalu kecil.

Memasang pengesan GPS di telefonnya, dia dapat lokasi tepat Warren. Berpusing di simpang seterusnya tanpa memperlahankan kenderaan, Nick tahu dia tidak akan suka lihat apa yang telah berlaku.

Selepas berfikir sekejap, Nick memandang semula ke telefon bimbitnya dan panggil Devon untuk beritahu perkara baru itu. Devon mungkin suka pergi bercuti, tapi dia buat Nick janji memanggilnya beberapa kali sehari untuk memberitahunya apa jua perkara terbaru.

*****

Steven dapat bawa Jewel masuk kelab itu dan cepat-cepat menemannya ke tingkat atas. Bila mereka sampai ke biliknya, dia tutup pintu tapi tidak menguncinya. Dia tidak mahu mengurungnya.

Jewel terkebil-kebil mata dan melihat sekeliling bilik yang dia dibawa itu. Katilnya saiz king dengan selimut hijau gelap terbentang di atasnya. Beberapa bantal bersulam terletak di atasnya dan, yang peliknya, ada haiwan teddy... berbentuk harimau bintang. Dia tidak dapat menahan senyuman dan hampir tergelak sebelum berjaya menahannya.

Meja solek beralas hitam licin dengan cermin besar dan di tengahnya ada pokok buluh kecil. Di seberang bilik itu ada dua kerusi beg kacang, televisyen leper besar di dinding, dan konsol permainan dengan banyak permainan berterabur di hadapannya.

Jewel tidak faham kenapa dia rasa tenang tapi ianya perlahan-lahan hilang dan diganti ketakutan. Apa yang dia fikir dia buat di sini?.

"Kenapa bawa saya ke sini?" tanya Jewel berpusing menghadap Steven.

"Sebab kamu akan selamat di sini", jawab Steven. "Kamu tidak perlu pulang ke tunangmu atau ayahmu".

Apa yang menenangkannya cepat-cepat hilang dan Jewel mengeleng kepala kencang. "Tidak, saya mahu pulang!. Jika tidak, Anthony akan bunuh saya".

"Dia tidak boleh bunuh kamu jika tidak jumpa kamu", balas Steven dengan suara dingin seakan meresap sedikit kehangatan bilik itu.

"Macamana pula Paderi Gordon?" bentak Jewel bersuara tinggi. "Jika mereka jumpa dia, mereka akan tahu di mana saya". Jewel mula berlegar. "Ayah akan sangat marah dan Anthony... saya tidak mahu fikir pun apa dia akan buat".

Steven teringat lebam bersaiz tangan yang ada di muka Jewel tadi. "Kenapa mahu lindungi ayahmu jika terang-terang dia tidak melindungimu!".

"Siapa kata kamu patut kisah!?" jerit Jewel lebih selesa bila dia pun jerit padanya.

"Kamu tahu tidak?. Baiklah", Steven buka pintu bilik tidur itu. "Itu jalan keluar, pergilah balik ke tunangmu dan perkahwinan paksamu sebab ayahmu tidak tahu berniaga. Tiada ayah sebenar yang sanggup mengadai anaknya untuk bayar hutang yang dia sendiri buat".

Jewel merenung pintu itu dan melangkah teragak-agak sebelum ke belakang dan duduk atas katil. Dia melihat jam loceng dan tahu sudah terlambat untuk menyelinap masuk semula. Pukul dua pagi... itu masanya pengawal tukar sif dan itu sahaja masa untuk pulang tanpa ditangkap.

"Apa patut saya buat sekarang?" tanya Jewel dan memandangnya dengan air mata berderai. "Ke mana boleh saya pergi?".

Steven tutup pintu dan melutut di hadapannya. "Bagaimana kalau kamu mula dengan beritahu saya segalanya?".

"Seperti apa?" tanya Jewel.

Steven berikan senyuman kecil, "Kita boleh mula dengan nama akhirmu".

Jewel mengeluh, "Nama akhir saya Scott dan ayah saya mentadbir satu tempat peranginan di Palm Springs untuk... tunang saya. Tuhan perkataan itu meloyakan saya".

Steven rasa satu beban berat hilang dari bahunya bila tahu Jewel benci dipaksa kahwin dengan lelaki itu... yang dia tidak akan biarkan terjadi sekarang. "Okay, bertenang dan sabar. Cuba mula dari awal", dia anjurkan.

Menarik nafas, Jewel mula bercakap dengan tenang, hanya lepaskan isi hatinya. "Saya di sekolah asrama bila ayah bermasalah di tempat peranginan itu. Seorang ejen kerajaan daftar masuk secara sulit dan cuba menyiasat kegiatan samseng di situ. Bila ayah dapat tahu lelaki itu... dia diberi arahan untuk bunuh ejen itu".

Steven mengangguk, "Apa yang terjadi?".

"Ayah ambil masa terlalu lama untuk bunuh dia... ejen itu telah beri maklumat lengkap pada ketuanya. Bila ejen itu tidak lapor diri atau pulang, FBI telah hantar lebih ramai ejen dan ayah ditangkap. Anthony Valachi menebusnya keluar penjara selepas melakukan sesuatu, mungkin merasuah seseorang berkuasa, dan semua caj dijatuhkan".

 

"Sekarang ayah terhutang budi dengan bosnya. Tidak tahu macamana bayar hutang itu, bila saya pulang dari sekolah, ayah memberitahu saya ditunangkan dengan Anthony dan dia seakan gembira kerana itu".

Jewel menarik nafas dan mengesat air matanya. "Saya tidak mahu kahwin lagi... saya mahu buat sesuatu untuk diri saya, pergi kolej dan bekerja, mungkin bercuti sedikit. Lelaki ini dua kali lebih tua. Sekarang saya dipenjara, seorang hamba pada anak haram itu dan kesalahan ayah saya".

Steven mengangguk dan melawan nalurinya untuk bangun dan berlegar dalam bilik itu. Tidak berdaya, dia mula berlegar. Mindanya laju sebatu seminit.

"Ya betul", keluh Jewel, "kamu dan tentera apa?". Dia tiba-tiba teringat maklaikat yang dilihatnya di gereja tadi dan memandang ke atas berharap.

Steven kenal nama itu sebagai orang yang sama Micah bergaduh beberapa minggu lepas sebelum dia hilang. Micah mencampak orang itu keluar kelab selepas memberinya penumbuk padu ke muka, memukulnya terpelanting dari kerusi. Steven masih tidak dapat tahan dari tergelak mengingatkannya.

Quinn tidak fikir ianya lucu tapi. Mungkin Quinn tahu Anthony orang besar dalam samseng dan cuba menjaga Micah. Yang peliknya, ianya malam yang sama Micah hilang.

Dia menoleh ke Jewel bila lalu depannya. Dia betul... Anthony Valachi dua kali lagi tua darinya dan seorang yang kejam. Dia tidak akan biarkan Jewel dekat dengan lelaki itu atau ayahnya yang ganas... ayah... paderi di gereja. Sekarang paderi itu terhutang budi padanya, dan dengan bantuan Dean... dia akan bayar hutangnya.

Membuka telefon bimbitnya, dia dail nombor dan senyum bila panggilannya dijawab. "Dean, kamu masih di gereja?. Bagus, ambil paderi itu dan tunggu saya". Dia tutup telefon dan merapati Jewel. Melutut kembali, dia pegang tangannya, membelai kulitnya yang lembut.

"Berapa jauh kamu boleh pergi?" tanyanya dengan suara tegas sambil meraut wajahnya.

"Ia perlu lebih dari cuma melarikan diri", Jewel benci bila suaranya menjadi kecil. Dia tidak bermaksud mempamerkan ketakutannya seperti itu. Dia mengetap bibir mushkil apa yang Steven mahu buat.

"Jika kita boleh buat betul, kamu tidak perlu lari lagi".

"Apa dalam fikiranmu?" Jewel mula menarik tangannya tapi Steven memegangnya erat.

"Saya berfikir kamu tidak boleh kahwin dua kali". Steven tersentap bila Jewel menarik tangannya kuat minta dibebaskan. Menolak dirinya dari lantai, dia merenungnya bila Jewel hampir merangkak merentasi katil itu untuk menjauhi dirinya.

"Dengar sini..." dia mula.

"Tidak", Jewel hampir menjerit semasa turun dari sebelah sana tilam, rasa sedikit selamat dengan katil di antara mereka. Mukanya merah padam bila sedar katil itu di antara mereka dalam banyak lagi cara jika dia setuju untuk teruskan kegilaan ini.

Dia tersentap dari lamunannya tentang katil. "Saya tidak mahu kahwin langsung!. Kenapa pula kena kahwin denganmu?".

Mata Steven mengecil pada penghinaan itu tapi dia tidak mahu kedegilannya membuat dia dibunuh. Jika dia terpaksa menakutkannya ianya berbaloi. Lagipun... pada masa ini, dia sahaja petunjuk pada Micah. Bibir Steven tersenyum nakal bila menambah satu lagi sebab melakukan sesuatu yang akan dilakukan.

"Kenapa kahwini saya, kamu tanya?. Sebab jika kamu berlakun perkahwinan ini betul di hadapan keluarga saya dan keluargamu... tapi di bilik tidur ianya hanya lakunan. Dan tentera yang kamu bertanya tadi, ingatlah saya bukan manusia dan keluarga saya juga dan kawan-kawan saya. Jadi jika tunangmu kecewa dan cuba melawan... kami akan bersedia".

"Kenapa kamu sanggup buat semua ini?" Jewel mengeleng kepala. "Dan apa maksudmu berlakun".

Steven mengangkat tangan menunjukkan katil di antara mereka. "Untuk jawab soalan pertama, abang saya hilang sudah beberapa minggu dan orang terakhir selain keluarganya yang dilihat bersama adalah tunangmu dan mereka bukan berkawan. Jadi, cara terbaik untuk tarik perhatiannya ialah menyentap rantainya".

"Untuk soalan kedua, jika mahu ini berjaya, semua orang mesti fikir kita berpacaran dan ingin tinggal bersama. Tapi bila bersendirian, kamu tidur di sudut kamu, saya tidur di sudut saya. Saya juga tidak mahu hilang kebebasan. Jika kamu boleh tipu... saya boleh juga".

Jewel merehatkan ketegangan di bahunya bila faham maksud Steven, "Tiada siapa harus tahu yang sebenarnya?".

"Cuma maklaikat yang menjaga kita... Dean", Steven tersengeh bila jari Jewel naik menyentuh pipinya yang disembuhkan Dean.

"Dan bila Anthony bukan lagi ancaman?" tanyanya.

"Kemudian kawan kita paderi itu akan ceraikan kita dan kita berpisah. Tapi yang pertama, dia perlu kahwinkan kita dan, untuk berbuat begitu... dia mesti percaya kita bercinta dan sudah bermadu kasih". Bila Jewel beri riak meloyakan dia mengangkat bahu, "Dia paderi dan tidak boleh menipu jadi kita perlu menipu untuknya. Bila semua ini berakhir, baru kita beritahunya yang sebenar".

"Tapi tidak akan ada bermadu kasih dalam perkahwinan ini", jelas Jewel dengan pandangan tajam.

"Saya boleh jaga diri saya jika kamu boleh". Tumpuan pandangannya setajam Jewel tahu dia sudah menang perlawanan pertama. Sekarang dia berharap dia boleh jaga diri sebab sekarang setiap jatidirinya berusaha sekuat mungkin tidak menerkamnya merentasi katil itu dan mengambilnya sebelum Anthony dapat satu lagi peluang.

Yang pasti, keluarganya sedang berperang dengan langsuir, dan mereka tidak mampu menambah peperangan lagi kecuali jika ianya untuk ahli keluarga.

"Berapa bagus kamu sebagai pelakun?. Sebab jika keluarga saya tidak percaya kita betul-betul bercinta... ini akan berakhir sebelum dakwat kering di sijil perkahwinan".

Bibir Steven merekah bila Jewel perlahan-lahan senyum padanya. Dia tidak bergerak, menunggu Jewel buat sesuatu. Merangkak atas katil di hadapannya Jewel memeluk Steven di leher dan tarik dia ke hadapan dan bawah sehingga bibir mereka bersentuh.

Ianya kucupan selamba dan sedar dia masih dara menyentap Steven dengan kuat.

Jewel cuba tidak tersentap bila tangan Steven memeluk belakangnya dan tariknya dekat padanya. Bibirnya masih melekat padanya tapi dia rasa sentuhannya pada hujung bibirnya, dia membuka bibirnya terkejut bila merasa getaran di bawah perutnya.

Cuma rasa sedikit... Steven ulangi kata-kata itu pada dirinya bila dia menekan pada ciuman itu dan kucup sedalam-dalamnya. Merasa dirinya tiba-tiba tegang, dia meletakkan tapak tangannya di bahu Jewel dan tolak mereka jauh. Melihat mata Jewel yang terkejut memandang ke atas dan terkunci padanya, dia rasa keghairahan yang menyala dari dalam Jewel dan tersenyum.

"Ya, seperti itu... hanya seperti itu". Dia menyentuh jarinya di bawah dagu Jewel kemudian berpusing. "Mari kita pergi berkahwin?".

*****

Warren dan Quinn menoleh ke atas bila Hummer itu masuk ke lorong itu dan perlahan-lahan bergerak kepada mereka. Nick belum sempat parkir sebelum keluar dan pergi ke belakang kenderaan itu untuk mengambil pakaian-pakaian itu keluar.

"Apa yang terjadi?" tanya Nick memberikan pakaian-pakaian itu.

"Ia menunjukkan Kat telah tinggalkan kelab", jawab Warren, memakai baju-t putih biasa. "Kita tidak pasti kenapa Trevor bersamanya".

Warren beri baju ke Quinn untuk dipakaikan pada Kat, dan satu baju lagi untuk harimau bintang itu dan juga seluar.

"Tapi, dia berbual dengannya di bar bila kita keluar", kata Nick. "Kamu tidak fikir dia pujuknya keluar malam ini kan?".

"Saya rasa ianya terbalik", balas Quinn sambil memakaikan baju pada Kat dengan lembut. "Kita akan bincang selepas bawa mereka pulang ke Dansa Bulan. Tapi, jika si perang sana itu yang suruh dia keluar, menyembuhkannya tidak akan membantu sebab saya akan koyak dia".

Warren sekarang berpakaian dan sedang memakaikan seluar pada kaki Trevor. "Tidak akan ada koyak-koyak. Kita akan dapat jawapan bila mereka sedar".

Sie haben die kostenlose Leseprobe beendet. Möchten Sie mehr lesen?